Friday 8 April 2011

himpunan ceramah...

Subhanallah...
~ sembahyang
~puasa
~jaga faraj
~taat pd suami

insyaAllah.. ^_^

Saturday 19 March 2011

Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu... pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman.Jangan melulu oleh kemarahan.


Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.

Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati... yang berasal daripada hati mu sendiri!
Ya, sekali lagi... pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:
1. Solat berjemaah.
2. Sentiasa berzikir.
3. Berdamping dengan Al Quran.
4. Melazimi taubat dan berselawat.
5. Sering bersedekah.
Itulah perisai hati yang akan melemahkan parasit hati!
ya ALLAH lindungilah aku ya ALLAH... KAU kuatkan lah diri ku ini menghadapi rintangan hidup ini...lindungilah aku ya ALLAH dari perisai hati yang akan melemahkan parasit hati ku ini...  hanya kepada kau aku sujud dan hanya kepada kau aku memohon pertolongan....hanya ALLAH saja yang tahu resah dan gelisahnya dihati ini...nya KAU mengerti ya ALLAH....tolonglah hambamu ini....amin...





Saturday 26 February 2011

marilah kita amlkan

7 Sunnah untuk diamalkan setiap hari

Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.<mari kita baca buku2 ilmiah mgenai kelebihan solat tahjud..insyaAllah usaha ini akn membuak2kn lagi hati ini utk mnagih kasih syg ILAHI...keep istiqomah..amiin...^_^>
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya
membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.< bacalah walaupun sehelai setiap hari... tu hbs2 mls..tapi ramdh ini perlu gndakan krna pahala sngt berlipat kali ganda>
3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.< pusat Islam adalah slh 1 masjid bg mahasiswa dan mahasiswi wlaupun jauh dari kolej ayuh perbykkn lgkahn kaki anda ke PI, yg berkenderaan sperti moto..perlajukan putaran tayar moto anda ke PI> 
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.<keep istiqomah 2 rakaat je..sblom g klss 2 curi2 masa skit.. solat duha... >
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.< senyum pun dikira sedkah..senyum x perlu kata apa2..>
6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Monday 21 February 2011